Asalamualaikum.......
Ramainye yang bertanye cara nak masak rumpai laut ni... "nak masak apa? masak lemak ke, masak sambal tumis ke, masak kicap ke," hhmm macam soalan yg tanye kat page FB Jeda.. so harini jeda akan share cara2 penyediaan PURE MARINE COLLAGEN ni yer...
~ Penyediaan untuk 100gram
1. Basuh kolagen mentah ni ramaskan dia macam basuh beras.
2. Rendamkan semalaman (sekurang-kurangnye 6 jam)
3. Setelah semalaman direndam buangkan air rendaman tadi dan basuh 5-6 kali dan toskan.
4. Kemudian masukkan 2liter air biasa (anggaran 4-5 mug) kedalam periuk bersama kolagen tadi.
5. Masak dengan api perlahan selama 30-40 minit dan kacau sehingga hancur. Juga boleh dicampur dengan gula batu atau ginseng ( Jeda letak daun pandan tuk bagi wangi macam masak agar2 tu)
6. Biarkan seketika sebelum dimasukkan kedalam bekas yg sesuai dan simpan dalam peti ais.
# teknik basuh dan rendam adalah untuk menhilangkan rasa masin air laut.
~ Cara makan/pengambilan
1. Masa sesuai ialah semasa perut kosong (sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur )
2. Ambil 3 sudu besar kolagen (rupa seperti jelly) kedalam gelas dan campurkan dengan air kegemaran anda (air buah buahan)
~ Cara Membuat Masker.
1. Cucikan muka dengan sebersihnya
2. Sapu rata gumpalan kolagen di muka anda.
3. Biarkan selama 15minit atau lebih (sehingga kering dimuka)
# Amat elok diamalkan setiap hari.
INFO PENTING
~ Amatlah berkesan sekiranya dapat mengelak dari meminum minuman yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi. (coffee,Necafe, dll)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan